minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MGG0901

SAH...Danaharta Selamatkan Vincent Tan

(Fwd: Danaharta Rescues  Vincent Tan – CONFIRMATION)

Oleh:  Ganesh Sahathevan

Danaurus Sdn Bhd. sebuah anak syarikat Danaharta telah memegang 172,350,996 juta  saham (bersamaan 11.5%  daripada jumlah saham seluruhnya) kepunyaan  Berjaya Group Bhd bagi pihak Vincent Tan Chee Yioun.  Butiran ini ada tercatat pada muka surat 171 ‘The Berjaya  Group Annual Report  2000’, yang ditandatangani oleh Pengerusi Vincent Tan.

Tan mempunyai pegangan keseluruhan sebanyak 35% dalam BGroup ini. Sebanyak 8.3 persen lagi dipegang oleh  beberapa syarikat nominee dalam bentuk kolateral.  Ini bererti hanya  sekitar 20% masih dipegang oleh pihak bank. Sekitar 5%  berada dengan  beberapa syarikat yang dikuasai oleh Vincent, seperti yang berlaku kepada B&B Enterprises dan Lengkap Bahagia.

Pegangan ini tercatat pada 18 Disember 2000. Sejak itu harga saham Berjaya sudah menurun  dan di waktu artikel ini ditulis ia berada sekitar 30 sen  se saham.

Danaharta tentulah  memegang saham  itu sebagai satu langkah menanggung  hutang bertapuk dan juga kolateral yang ditunjukkan.  Namun, disebabkan kerahsiaan urusan Dana harta itu, hutang bertapuk yang sebenarnya diambil-alih memang tidak dapat dikesan dengan mudah.

Sebagai catatan rasmi, Dana harta sudah menanggung antara Rm20 hingga 60 juta hutang yang pernah diperolehi oleh Vincent Tan bagi pihak Sun Media Sdn Bhd. Bukti sahih  dapat dikesan melalui laporan Gemtech Bhd. Kepada BSKL dalam cadangannya untuk memperolehi Sun Media.  Ketika itu Vincent  menguasai Sun Media sebanyak 60%, sementara Berjaya Group dan BToto menguasai  sebanyak 25% lagi.

 

-Ganesh Sahathevan-

8.1.2001

Terjemahan MT

 

 

 

 

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter